Jumaat, Disember 20, 2013

90 : Rahsia Angka 40 Dlm Umur Manusia

Ramai tidak sedar dalam Al-Quran ada menyentuh tentang usia 40. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini.


40 Years Old

Allah swt. berfirman yang maksudnya, ""Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah yang maksudnya, "Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?" (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) "Kematangan".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas: “Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh).
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun).
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun).
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati).

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh.

Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama.

Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW; "Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya.

Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahawa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa, Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya.

Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sialah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

[Sumber]

Jumaat, Disember 13, 2013

89; kaLau Orang Tak Suka


Macam-macam...Sekadar berkongsi   
Cerita Bik Mama Lagi
(Keris Silau)

You all nak dengar story
Dalam sebuah negeri
Tinggal seorang isteri
Gemuk gedempul tidak terperi
Rambut dia nak tiru Katy Perry
Tapi jadi macam Black Berry


Ada orang panggil First Lady
Suka sangat menayang body
Kalau beli kain berkodi-kodi
Kain sutera Korea dan Italy
Baru-baru ni naik jet peribadi
Pergi Qatar makan nasi mandy
Dia cakap ada urusan rasmi
Jadual padat selama 4 hari
Dari Qatar hingga ke UAE
Doha, Dubai dan Abu Dhabi
Banyak acara malam dan pagi
Abang dia lega dia tak ada 4 hari

Bila balik timbul kontroversi
DSSK cover line tapi tak jadi
Mahpuz tabuh bertubi-tubi
Min dedah rahsia Datin Seri
Dia alergik Mas dan Air Tony
Takut pilot pilih gate C4 nanti
C4 di KLIA membawa mimpi ngeri
Teringat kat one Mongolia lady

Itulah gua punya story
Kalau silap gua cakap sorry
Kalau you enjoy gua banyak happy
Gua tak boleh tidur banyak minum kopi
Jadi gua tulis cerita pasal First Lady.

Keris Silau
22 November 2013

Khamis, November 28, 2013

88: AsaL-UsuL SoLaT

 
 Sekadar berkongsi
 
 
 
 
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
 
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Jumaat, November 15, 2013

87: Tahniah

Assalamualaikum....
Salam di pagi jumaat .....
Sekalung Tahniah Buat.....
Along,Eyien.Hazlami Dan Haziq atas keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini....
Ada yang 3A,4A & 5A....
Yang dapat 3A jangan bersedih sangat kerana perjalanan anda masih jauh......
UPSR hanyalah permulaan perjalanan....
Banyak lagi onak duri,liku2 pembelajaran yang harus anda tempuhi....
Jadikan kekurangan A dalam UPSR sebagai pembakar semangat untuk mencapai semua A dalam peperiksaan akan datang......






Gambar: Muke sebelum ambil result

Gambar: Ohh Lalalala ♥Foto

Jumaat, September 20, 2013

86 : BacaLah Sebelum Mati

Assalamualaikum...Salam Pagi Jumaat
Semoga teman2 sekelian sihat dan sentiasa mendapat keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan insyaallah..




Kesakitan ketika dicabut nyawa oleh malaikat maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walaubagaimanapun Nabi ada bersabda yang bermaksud :-
"Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaanya iaitu sakitnya 300 kali tetakkan pedang"

Bayangkan dipukul sekali dengan rotan pun tidak dapat digambarkan pedih dan sakitnya inikan pula 300 kali ...masyaallah.
Oleh itu untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu ...
Antaranya:-

Sebelum tidur ....

1 .Bacalah surah Al-Ikhlas 3 x
2. Selawat ke atas Nabi.
3. Membaca Tasbih.



Amalan Harian:
1. Sentiasa Membaca Alquran
2. Memelihara Solat Terutama Solat Fardu
3. Menghormati waktu Azan diperdengarkan (Jangan Bercakap)
4. Membaca Tasbih
5. Membanyakkan Sedekah
5.Sentiasa Berzikir Menyebut Allah.




Jauhilah:
1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu Domda
4. Kencing Berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bemaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil"

'Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat(pula) mencepatkannya"(Surah Al-A'raf:ayat 34)

Allah merahsiakan saat kematian kita, untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya.
Manusia yang sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan lebih jujur dan ikhlas demi mendapat keredhaan Allah. Manusia ini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya sentiasa di perhatikan Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.



Renungan bersama....

DetikIslam... 

Rabu, September 18, 2013

85 : 59 Thn Sudaaa

Assalamualaikum....
17.09.2013.
Genaplah Umur Bonda Ku Yang Tersayang 59Thn.
Selamat Hari Jadi Ma...
Semuga Dipanjangkan Umur
Diberikan kesihatan Yang Baik
Dimurahkan Rezeki
Aminnn
Kek Istimewa Buat Bonda Ku..

lupa nak tiub lilin...
 

Jumaat, September 13, 2013

84 : Hanya Pandang Dapat PahaLa

Assalamualaikum...
Salam di pagi jumaat.
Hanya pandang saja sudah dapat pahala.
Senang bukan...
Pandang apa...

1) Wajah kedua ibu bapa...


2) AlQuran..

  
3) Lautan..



4) Kaabah...



Daripada Aisyah bahawa Rasullullah bersabda
"Melihat pada 3 perkara adalah ibadat. Melihat wajah ibubapa, melihat alQuran dan melihat lautan"
(Riwayat Abu Nuaim)

Dan Di tambah dengan
"melihat Kaabah"
(Riwayat Abu Daud)

(Sumber Detik Islam)


83 : GeLaGaT Si Hemstar

Hemstar Aimie...
Seekor terlalu aktif..
Seekor lagi terlalu blurr..

Si Aktif Ni Kerja Dia Menggigit Besi








Yang Si Blurrr ni  pulak" Ada ku Kesah"....

Selasa, September 10, 2013

82 : JaLan-JaLan

Menyertai Kembara Jalinan Mesra Rakan Radio Amatur Kota Bharu (RAKB).
Malaysia-Thailand Bermula 29,30 & 31 Ogos 2013.
Konvoi disertai 61 buah kenderaan.

29.08.2013

Berkumpul Di Masjid Beijing Rantau Panjang.Tepat jam 9.00 pagi konvoi bergerak merentasi sungai Golok. Konvoi berhenti di salah sebuah dewan sekolah untuk bertemu Datuk Bandar Golok.Disini kami dijamu dgn minuman & kuih-muih.










Datuk Bandar memberi ucapan dalam bahasa Thailand



Berlaku sedikit kekalutan apabila ada sesetengah peserta tidak mengecop pasport dan bordenpass mereka.....termasuklah aku sekeluarga.Hahaha...terpaksa ke kaunter imigresen Golok untuk proses cop-mengecop.
Rasa cuak lah pulak bila terpaksa beratur panjang.Haiii sabor jea la.Berposing sementara menunggu semuanya berehhh.



Konvoi diteruskan dan berhenti di surau yang berusia lebih 300 thn di Pattani untuk solat zohor.Disini kunjungan kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk kampung.Buah-an dan kuih muih tradisional turut dihidangkan.Selesai solat konvoi bergerak ke hotel penginapan My Gardens Hotel untuk bermalam sebelum ke Hatyai keesokkannya.





30.08.2013

Hari kedua konvoi diteruskan, sebelum perjalanan jauh bermula peserta konvoi dijemput untuk  bersarapan pagi oleh penduduk berdekatan.Sungguh terharu dengan layanan mesra yang diberikan.


Terima kasih penduduk Pattani layanan mesra anda. Perjalanan diteruskan ke Rumah Anak-anak Yatim.Singgah sambil menderma semuga diberkati...insyaallah..

Bersalaman dengan anak2 yatim..
Sedikit sumbangan dari peserta konvoi

Perjalanan diteruskan ke Zoo Songkhla............




























Lepas tengok binatang boleh lah mandi manda pulak kat sini...



Replika Dinosaur

Anak2 melambai kearah kami tanda ucapan selamat jalan



Perjalanan diteruskan ke Hotel Rama Hatyai tempat penginapan peserta konvoi.
Kami terpaksa menunggu lama kerana salah seorang peserta sesat. Jadi terpaksalah kami ke Floating Market pada sebelah malam memandang sudah lewat sampai ke hotel. Floating Market mula beroperasi jam 3pm-10mlm.Kebetulan cuaca tidak menyebelahi kami..... hujan.


agak2 minyak petrol apa ni semestinya bukan petronas...daun kot


gambar mekasih mr google... tak sempat ambil gambar sbb cuaca hujan..






Air dalam bekas ni 2 baht jea. Bekas boleh bawa balik....



31.08.2013

Hari ketiga ......mencari tempat halal untuk bersarapan pagi.Kemudian kami ke pasar Hatyai untuk membeli cenderahati buat kaum keluarga dan rakan2.


merpati mencari makan di pagi hari.......

Naik tut-tut untuk ke pasar 2 baht seorang


acara menjelajah pasar

keychain untuk cenderahati 2.50 baht satu



Baju l love Hatyai ni 10 Baht satu





Pelbagai jenis beg ada...pilih jea


Tepat jam 12 tenghari kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Malaysia......

Bergambar dlm Hotel sementara menunggu untuk berlepas

Jom kita massage dulu





Sebelum sampai ke Malaysia kami singgah di Narathiwat kerana mendapat jemputan dari Kelab Radio Amatur Narawathiwat. Ada sedikit jamuan ringan untuk peserta.





Anda boleh pilih nak bersila atau berkerusi



mekasih pada pemilik motor ni...





Lebih kurang jam 7.30 malam tiba di imigresen Golok untuk cop bordenpass....
Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia.............






Hanya Di Thailand




153 : Jalan-jalan Kuantan

 Assalamualaikum Salam Jumaat......... Hari Sabtu 28 September yang lalu, kami sekeluarga ke Kuantan. Jalan2 sambil makan angin katerrnya. B...