Assalamualaikum
Dah nak sebulan kita di tahun baru 2025.
- Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.
- Semoga Allah kurniakan kita rezeki yang tidak disangka-sangka dan kegembiraan yang tidak pernah kita duga.
- Bismillah… Walau 2024 penuh rintangan dan keperitan, teruskan perjuangan kita demi mencari redha Allah. Semoga 2025 memberi sinar pelangi dan cahaya bahagia.
- Semoga Tahun 2025 membawa seribu makna kepada kita… Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah: 216]
- Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan