Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.
Sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama.
SYEIKH Nuruddin Albanjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jamaahnya.
"Kenapa
tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka
masuk padang ketika bertanding?" Jamaah terdiam, tidak ada satu pun yang
menjawab. Kemudian Syeikh melanjutkan.
"Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka. "
Jadi
kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau
Masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah
bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?
Mulai
sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan
handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan
yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.
"Jaga adab kita dengan Allah."
Syeikh
Abdurrahman assudais, Imam Mesjidil Haram, di suatu masa ketika
mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik
dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat
dibelakangnya.
Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jamaah solat,
"Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah".