Jumaat, Oktober 18, 2024

153 : Jalan-jalan Kuantan

 Assalamualaikum

Salam Jumaat.........

Hari Sabtu 28 September yang lalu, kami sekeluarga ke Kuantan. Jalan2 sambil makan angin katerrnya.

Bermalam kat Zenith Hotel sebab dekat dengan shopping mall, kot2 nak shopping lah kan.

Pelbagai juadah disediakan untuk breakfast sampaikan tak tahu nak makan apa punyalah banyak weii.

Sebelum balik sempatlah budak2 pergi mandi kolam buat raso2 katerrnya.

Korang layan jea lah gambar yang sempat kami snap buat kenangan.






















Jumaat, September 27, 2024

152 : ADAKAH KITA TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA

ASAALAMUALAIKUM..

 Itulah kita.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :


• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

• Allah akan sibukkan kita dengan harta.

• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.


Dari blog Iamfuzy.com

Selasa, Julai 23, 2024

151 : LOT 484

 Assalamualaikum


LOT 484, LORONG TUKANG HUSIN,

JALAN HOSPITAL USM,

16150 KUBANG KERIAN,

KELANTAN...


Lot 484,

Disini lah tempat aku dilahirkan, dibesarkan..

Berkahwin dan beranak-pinak...

Semuanya bermula di rumah usang ini...

Perkataan syukur Alhamdulillah kerana Lot 484 masih ada ,walaupun Lorong Tukang Husin telah berkubur.

Dek kerana pembangunan projek pembesaran jalan..

Maka musnah lah warisan nenek moyang, kampung halaman untuk generasi cicit-cuit-muit kita.

Sesungguhnya :

Kenikmatan Dunia Hanya Sementara.






Jumaat, Julai 19, 2024

150 : Salam Jumaat

 Assalamualaikum


Ya Allah,

Jadikan kami orang yang bersabar saat diuji,

Bersyukur saat diberi, memaafkan saat dizalimi,

Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk 

selalu dekat dengan Mu..

Aamiin

Khamis, Julai 18, 2024

149 : 8 tahun tidak ketemu

Assalamuaalaikum..

Bermula menjadi orang tengah untuk meminang anak dara Jerteh buat anak terunanya. Kini sudah mempunyai seorang cucu.

Semuanya perancangan Allah. Menemani anak untuk menghadiri majlis perkahwinan teman se Universiti di Meru Ipoh. Rupanya Cikgu Ali pun tinggal di Meru juga.






 

148 : Heritage Hotel Cameron Highland

 Assalamualaikum

Indahnya ciptaan tuhan....

 


153 : Jalan-jalan Kuantan

 Assalamualaikum Salam Jumaat......... Hari Sabtu 28 September yang lalu, kami sekeluarga ke Kuantan. Jalan2 sambil makan angin katerrnya. B...