Rabu, Jun 27, 2012
Jumaat, Jun 22, 2012
63 :Tips Penting Bila Anda Terasa Lapar
Tahukah anda kajian menunjukkan bahawa 75% rasa lapar sebenarnya datang daripada sensasi dahaga? Kita selalunya keliru dengan rasa lapar dan rasa dahaga. Jadi tips berikut boleh digunakan bagi memastikan apa yang badan kita inginkan. Sama ada makanan atau air.
Apabila kita tiba-tiba berasa lapar, langkah pertama yang kita perlu lakukan ialah meminum segelas air. Minum air akan dapat membuktikan sama ada kita benar-benar lapar ataupun cuma dahaga.
Cuba minum segelas besar air 30 minit sebelum kita duduk makan dan jangan sesekali minum air semasa makan. Pastikan hidangan anda hanyalah makanan semata-mata. Kita sepatutnya tidak berasa dahaga semasa makan. Jadi, kita mungkin tidak lapar sebenarnya, cuma terlalu dahaga.
Setiap makanan akan masuk ke hati untuk diproses. Bahan-bahan yang hati kita tidak kenali akan disingkirkan keluar, dengan diselaputi lemak dan kolestrol. Tujuan lemak dan kolestrol adalah untuk melindungi sistem vaskular perut. Secara tidak langsung, toksin jikalau berkumpul akan mengakibatkan masalah kegemukkan.
Semoga tips ini akan membantu kita dalam mengawal permakanan sekaligus dapat mengurangkan berat badan dengan baik. "The more you drink, the more you shrink".
.
Sumber:mynutrivalley.com"
Khamis, Jun 21, 2012
62:Ha,ha...Awas
20.06.2012
NEW YORK: Seseorang yang merancang untuk menginap di hotel kini perlu membawa cecair pencuci tangan.
Ini berdasarkan hasil kajian penyelidik Universiti Houston mengenai tahap pencemaran atau kekotoran bilik hotel yang dibentangkan di Persatuan Mikrobiologi Amerika Syarikat, hujung minggu lalu.
Ia mendapati, alat kawalan televisyen dan suis lampu tepi katil adalah yang tempat paling kotor dalam bilik hotel.
Tahap pencemaran juga teruk di permukaan tempat yang dianggap biasanya kotor termasuk tempat duduk tandas dan sinki, menurut kajian itu.
Lebih membimbangkan, berdasarkan kajian itu ialah tahap pencemaran tinggi juga ditemui pada troli yang dibawa pencuci bilik termasuk span dan pengelap lantai. – Reuters

Rabu, Jun 20, 2012
61:Pasar Malam
Pasar Malam Kubang Kerian pasti penuh sesak tiap kali hari Isnin.
Namun kini Pasar Malam ini hanya tinggal kenangan.
Tempat ini akan dibangunkan dengan Kondomaniam 25 tingkat.....kater nya..
Nampaknya makin sesak lah Kubang Kerian,kalau dulunya hanyalah kawasan sawah padi.
Begitu cepatnya masa berlalu....bagaikan sekelip mata Kubang Kerian berubah.
Segala2nya ada...bermula dengan bangunan Hospital USM yang gah.
Kalau dulu aku berulang-alik dari Kubang Kerian ke Dungun...
bangunan hospital ini masih dalam pembinaan....
Hari ini tersergam 8 tingkat bangunan dan pelbagai lagi bangunan yg sentiasa dikemas kini....
Malah sejajar dgn teknologi yg semakin canggih manggih ini pelbagai penyakit boleh dirawat dan dikesan.
kini rakyat Kubang Kerian tidak perlu lagi bersusah payah ke Kota Bharu kalau nak membeli-belah.
Sebut saja semua ada dari kedai kain ternama Jakel,Saleem Aziz,kedai tudung Ariani.
Mahupun makanan segera KFC,Pizza,Tutti Fruiti malah kedai kek Secret Resepi pun ada.
Loni siap pitis banyok2 jah.
Hypermarket Mydin pun ada jadi kenapa perlu bayar lebih untuk berbelanja.Kalau rasa malas nak beratur panjang kat Mydin boleh beralih arah ke Nirwana.
Pendek kata semuanya ada...sehingga panjang tidak terkata...ha,ha...

Beginilah keadaan pasar malam sebelum ditutup utk pembangunan....... |
Kesibukkan pasar malam ini lenyap bila tempat ini ditutup untuk pembangunan. |
Namun para peniaga tidak patah semangat......tetap berniaga seperti biasa ditepi-tepi lingkungan zink biru ini. |
Pandangan kosong dan sepi |
Lagi deretan peniaga... |
Langgan:
Catatan (Atom)
153 : Jalan-jalan Kuantan
Assalamualaikum Salam Jumaat......... Hari Sabtu 28 September yang lalu, kami sekeluarga ke Kuantan. Jalan2 sambil makan angin katerrnya. B...
-
SeLamaT Menyambut Ulang TahuN YG Ke-6 Istimewa buat anakanda ku Nik Nur Aimi Amsyar Bt Mohd Faizal 11/5/11... Pagi2 lagi sudah mintak kek....
-
Heboh di laman2 sosial & Blog2 memperkatakan tentang kenaikkan harga minyak RON95. Bukan banyak pun 20 sen jea kata sesetengah mereka ...