61:Pasar Malam

Pasar Malam Kubang Kerian pasti penuh sesak tiap kali hari Isnin.
Namun kini Pasar Malam ini hanya tinggal kenangan.
Tempat ini akan dibangunkan dengan Kondomaniam 25 tingkat.....kater nya..
Nampaknya makin sesak lah Kubang Kerian,kalau dulunya hanyalah kawasan sawah padi.
Begitu cepatnya masa berlalu....bagaikan sekelip mata Kubang Kerian berubah.
Segala2nya ada...bermula dengan bangunan Hospital USM yang gah.
Kalau dulu aku berulang-alik dari Kubang Kerian ke Dungun...
bangunan hospital ini masih dalam pembinaan....
Hari ini tersergam 8 tingkat bangunan dan pelbagai lagi  bangunan yg sentiasa dikemas kini....
Malah sejajar dgn teknologi yg semakin canggih manggih ini pelbagai penyakit boleh dirawat dan dikesan.
kini rakyat Kubang Kerian tidak perlu lagi bersusah payah ke Kota Bharu kalau nak membeli-belah.
Sebut saja semua ada dari kedai kain ternama Jakel,Saleem Aziz,kedai tudung Ariani.
Mahupun makanan segera KFC,Pizza,Tutti Fruiti malah kedai kek Secret Resepi pun ada.
Loni siap pitis banyok2 jah.
Hypermarket Mydin pun ada jadi kenapa perlu bayar lebih untuk berbelanja.Kalau rasa malas nak beratur panjang kat Mydin boleh beralih arah ke Nirwana.
Pendek kata semuanya ada...sehingga panjang tidak terkata...ha,ha...









Beginilah keadaan pasar malam sebelum ditutup utk pembangunan.......



Kesibukkan pasar malam ini lenyap bila tempat ini ditutup untuk pembangunan.

Namun para peniaga tidak patah semangat......tetap berniaga seperti biasa ditepi-tepi lingkungan zink biru ini.







Pandangan kosong dan sepi


Lagi deretan peniaga...





Ulasan

Catatan Popular