80: 20 SEN

Heboh di laman2 sosial & Blog2 memperkatakan tentang kenaikkan harga minyak RON95.
Bukan banyak pun 20 sen jea kata sesetengah mereka itu.
Namun gara2 20 sen juga Abang Sudin terpaksa merasuah SiAyu untuk bertemu dengan Eton.Kalau tidak rahsia terbongkar."Abang Sudin...20 sen kalau takkk kasi tau mak.."
Hahaha hebatnya penangan 20 sen bukan..




Nampaknya langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kencaman hebat dari rakyat Msia yang berang dengan keputusan tersebut laporan (Keadilandaily).

Di laman FB Najib, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal dengan kenaikkan harga bahan bakar ini yang dilihat menjerut leher mereka.Malah ada yang meminta PM meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi sehingga menanggung hutang melebihi RM622 billion.

Ada juga yang mencadangkan agar gaji & elaun PM & Barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan Kak Mah.

Apa yang agak mencuit hati apabila pengendali laman FB PM meminta rakyat Msia memberikan idea untuk pembentangan Bajet 2014 dengan menghantar idea di laman 1Msia.com.

Bagaimanapun, idea tidak dihantar malah kritikan hebat pula yang diterima PM dari rakyat nya sendiri.

Berikut diantara komen2 panas hati rakyat Msia dilaman FB PM......
  
Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je” 

Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang

Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib

Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor

Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal?

Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR

Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!!

Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…

Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. ..

Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa..

Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

Rabani Abd Rahman: korang semua letak jawatan.. idea korang semua dah lapuk x boleh pakai.. menyusahkan rakyat je

Al Fatah: dato, tlg naikan harga minyak 10 ringgit... barulah umno untung banyak

Zaini Saad; kenapa maki hamun pm kite kesian sama dia....doa bg cpt pergi lg bagos huh menyampah aku.

komen seterusnya (disini)

Apa kata anda sebagai rakyat Msia yang sentiasa berbangga dengan
1Msia.....
Rakyat didahulukan ...
Pencapaian diutamakan...
Renung2kan...

Ulasan

Catatan Popular