116 : Cerita Di Cameron Highlands

Assalamualaikum......
Cerita minggu lalu cuti-cuti yang belum lagi cuti sekolah.
14 Nov aku sekeluarga ke Cameron menghabiskan cuti aku yang dipaksa ambil oleh Kompeni.
Jadi semua anak2 aku terpaksalah menurut saja kata Umminya walaupun peperiksaan tak habis lagi.
Huhuhu...kesian anak2 aku menjadi mangsa ibunya sendiri.
Alah kalau dok rumah pun bukannya mengulangkaji pelajaran,mengulangkaji siaran TV ada lah.
Bertolak jam 7.00 pagi....
Bersarapan dulu di kedai tanpa nama..


Meneruskan perjalanan walaupun hujan renyai2 kadang kala lebat. Dalam hati terus berdoa semuga perjalanan aku sekeluarga dipermudahkan.
Destinasi pertama singgah di Lavenda Garden.
Nak masuk kena tiket bukan free kanak2 RM3,dewasa RM5.
Doh nok masuk sangat bayar jealah....
Tak ada apapun bolehlah cuci mata menikmati keindahan bunga2 yang pelbagai warna cipta Allah.
Sungguh cantik,tenang dan tenteram skali...Masyaallah .








Selamat tinggal Lavenda Garden...
Selesai sudah sesi menjelajah Lavenda Garden...

Sempat lagi nak lukis inai ....
RM15 sebelah tangan untuk design yang banyak dan RM10 untuk design simple.......
Perjalanan diteruskan ke tempat penginapan kami....





Di hotel inilah kami tinggal selama 1 malam jea pun...
2 katil besar, 1 katil kecik...
Amat selesa skali....
Doa ku dimakbulkan Allah... sampai Cameron tidak hujan...Alhamdulillah..
Petangnya kami ronda2 ke pasar malam.
Nak pergi malam takut hujan pulak...
Awal2 lagi kami dah pergi..
Bandar Cameron di waktu malam dan awal pagi ...sungguh cantik









Lebih kurang jam 9 pagi kami checkout...
Sempat selfie dulu depan hotel...


Bekfes dulu di Restoran 1 Malaysia.......
Perjalanan diteruskan singgah di ladang boh...
Pemandangan yang sangat cantik...Allah maha besar..masyaallah




















Sedikit buah tangan untuk Mok Dan kak Ina...
Melawat kilang memproses teh.
Berhenti untuk cuci mata sekejap...lupa pulak nama tempatnya..













Singgah kat ladang strawbery....
Kunun2nya nak kutip buah strawbery.....
Buah strawbery pulak tak brapa nak ada........








Jalan lagi.......
Singgah pulak kat Cameron Valley Teh...







Selfie ditengah jalan...
Nasib baik tak ada kereta....
Perjalanan diteruskan........Selamat Tinggal Cameron Highlands

Ulasan

Catatan Popular