Jumaat, Mei 27, 2016

129 : Cuti-Cuti Sekolah

Assalamualaikum
Hari ini bermulalah cuti sekolah untuk negeri pantai timur.
Ha ha seronok lah wei.
Maunya cuti segala....itu anak aku.
Bukan stakat sekolah ...buku skolah pun bersama2 meraikan cutinya.
Agak2 kemana destinasi anda semua.
Rasa2nya ramai yang tak kemana2..
Almaklumlah 6/6/2016 dah nak puasakan...
Rasanya tahun ini paling indah aturannya...

5/5 Israk Mikraj
6/6 Awal Puasa
7/7 Aidil Fitri
12/12 Maulidur Rasul

Subhanaallah...


 

Jumaat, Mei 13, 2016

128 : Acu Try Buat

Adakah anda merupakan pengguna face spray yang tegar? 
Sekejap-sekejap nak sembur pada wajah...
Nak lebih segar dan lembapkan kulit. 
Ianya boleh dihasilkan sendiri di rumah. 
Tak perlukan modal yang besar pun. 
Hanya gunakan lemon!
Kenapa lemon? 
Buah sitrus ini memang sudah terbukti mampu mengecilkan pori-pori pada wajah, membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengatasi minyak berlebihan. 
Jika anda jadikan ia bahan utama face spray, manfaat lemon itu sendiri boleh dirasai dengan lebih berkesan pada wajah. 

Selain itu, tambahkan dengan hirisan timun yang berfungsi melega, mencerahkan dan menyejukkan kulit. 

Bahan:

1 sudu jus lemon

1/2 batang timun dihiris

Air panas



Cara membuatnya:

Campurkan air panas, timun yang dihiris dan juga jus lemon dalam bekas. Biarkan semalaman.

Esoknya, tapis campuran tadi dan masukkan ke dalam botol spray, biarkan dalam peti sejuk.

Gunakan ia sebelum anda memulakan aktiviti di luar rumah. Sebaiknya 2 kali sehari. 
Selamat mencuba....semuga berjaya..
 http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/12/193632u5604ownvx6n80f0.jpg

Rabu, Mei 11, 2016

127 : Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum....
Semuga kita semua sihat dan sentiasa dalam rahmahNya..Ameen
Masuk jea minggu kedua bulan Mei
Ramai lah anak2 mengucapkan selamat hari ibu buat ibu2 mereka.
Namun ada sesetengah ulama menyatakan adalah haram menyambut hari ibu.
Bagi sesetengah nya pula merasakan...

Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.
Firman Allah SWT :

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ

 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) 



Sambutan Hari Ibu yang memenuhi tuntutan Islam boleh  dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
.
Jadi penting bagi kita  masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.


Terima kasih anak2 ku

151 : LOT 484

  Assalamualaikum LOT 484, LORONG TUKANG HUSIN, JALAN HOSPITAL USM, 16150 KUBANG KERIAN, KELANTAN... Lot 484, Disini lah tempat aku dilahirk...