128 : Acu Try Buat

Adakah anda merupakan pengguna face spray yang tegar? 
Sekejap-sekejap nak sembur pada wajah...
Nak lebih segar dan lembapkan kulit. 
Ianya boleh dihasilkan sendiri di rumah. 
Tak perlukan modal yang besar pun. 
Hanya gunakan lemon!
Kenapa lemon? 
Buah sitrus ini memang sudah terbukti mampu mengecilkan pori-pori pada wajah, membunuh bakteria penyebab jerawat dan mengatasi minyak berlebihan. 
Jika anda jadikan ia bahan utama face spray, manfaat lemon itu sendiri boleh dirasai dengan lebih berkesan pada wajah. 

Selain itu, tambahkan dengan hirisan timun yang berfungsi melega, mencerahkan dan menyejukkan kulit. 

Bahan:

1 sudu jus lemon

1/2 batang timun dihiris

Air panas



Cara membuatnya:

Campurkan air panas, timun yang dihiris dan juga jus lemon dalam bekas. Biarkan semalaman.

Esoknya, tapis campuran tadi dan masukkan ke dalam botol spray, biarkan dalam peti sejuk.

Gunakan ia sebelum anda memulakan aktiviti di luar rumah. Sebaiknya 2 kali sehari. 
Selamat mencuba....semuga berjaya..
 http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/12/193632u5604ownvx6n80f0.jpg

Ulasan

Catatan Popular