Selasa, September 10, 2013

82 : JaLan-JaLan

Menyertai Kembara Jalinan Mesra Rakan Radio Amatur Kota Bharu (RAKB).
Malaysia-Thailand Bermula 29,30 & 31 Ogos 2013.
Konvoi disertai 61 buah kenderaan.

29.08.2013

Berkumpul Di Masjid Beijing Rantau Panjang.Tepat jam 9.00 pagi konvoi bergerak merentasi sungai Golok. Konvoi berhenti di salah sebuah dewan sekolah untuk bertemu Datuk Bandar Golok.Disini kami dijamu dgn minuman & kuih-muih.










Datuk Bandar memberi ucapan dalam bahasa Thailand



Berlaku sedikit kekalutan apabila ada sesetengah peserta tidak mengecop pasport dan bordenpass mereka.....termasuklah aku sekeluarga.Hahaha...terpaksa ke kaunter imigresen Golok untuk proses cop-mengecop.
Rasa cuak lah pulak bila terpaksa beratur panjang.Haiii sabor jea la.Berposing sementara menunggu semuanya berehhh.



Konvoi diteruskan dan berhenti di surau yang berusia lebih 300 thn di Pattani untuk solat zohor.Disini kunjungan kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk kampung.Buah-an dan kuih muih tradisional turut dihidangkan.Selesai solat konvoi bergerak ke hotel penginapan My Gardens Hotel untuk bermalam sebelum ke Hatyai keesokkannya.





30.08.2013

Hari kedua konvoi diteruskan, sebelum perjalanan jauh bermula peserta konvoi dijemput untuk  bersarapan pagi oleh penduduk berdekatan.Sungguh terharu dengan layanan mesra yang diberikan.


Terima kasih penduduk Pattani layanan mesra anda. Perjalanan diteruskan ke Rumah Anak-anak Yatim.Singgah sambil menderma semuga diberkati...insyaallah..

Bersalaman dengan anak2 yatim..
Sedikit sumbangan dari peserta konvoi

Perjalanan diteruskan ke Zoo Songkhla............




























Lepas tengok binatang boleh lah mandi manda pulak kat sini...



Replika Dinosaur

Anak2 melambai kearah kami tanda ucapan selamat jalan



Perjalanan diteruskan ke Hotel Rama Hatyai tempat penginapan peserta konvoi.
Kami terpaksa menunggu lama kerana salah seorang peserta sesat. Jadi terpaksalah kami ke Floating Market pada sebelah malam memandang sudah lewat sampai ke hotel. Floating Market mula beroperasi jam 3pm-10mlm.Kebetulan cuaca tidak menyebelahi kami..... hujan.


agak2 minyak petrol apa ni semestinya bukan petronas...daun kot


gambar mekasih mr google... tak sempat ambil gambar sbb cuaca hujan..






Air dalam bekas ni 2 baht jea. Bekas boleh bawa balik....



31.08.2013

Hari ketiga ......mencari tempat halal untuk bersarapan pagi.Kemudian kami ke pasar Hatyai untuk membeli cenderahati buat kaum keluarga dan rakan2.


merpati mencari makan di pagi hari.......

Naik tut-tut untuk ke pasar 2 baht seorang


acara menjelajah pasar

keychain untuk cenderahati 2.50 baht satu



Baju l love Hatyai ni 10 Baht satu





Pelbagai jenis beg ada...pilih jea


Tepat jam 12 tenghari kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Malaysia......

Bergambar dlm Hotel sementara menunggu untuk berlepas

Jom kita massage dulu





Sebelum sampai ke Malaysia kami singgah di Narathiwat kerana mendapat jemputan dari Kelab Radio Amatur Narawathiwat. Ada sedikit jamuan ringan untuk peserta.





Anda boleh pilih nak bersila atau berkerusi



mekasih pada pemilik motor ni...





Lebih kurang jam 7.30 malam tiba di imigresen Golok untuk cop bordenpass....
Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia.............






Hanya Di Thailand




Isnin, September 09, 2013

81 : 10 henggit

Hanya RM10 jika inginkan wajah anda dilakarkan pada kertas lukisan.
Jika inginkan wajah anda dan pasangan anda RM20 sahaja....
Satu wajah RM10....
Dua wajah RM20....
Murah...bukan..jika anda tidak pandai melukis.
Buat apa saja.... janji rezekinya halal.



Jumaat, September 06, 2013

80: 20 SEN

Heboh di laman2 sosial & Blog2 memperkatakan tentang kenaikkan harga minyak RON95.
Bukan banyak pun 20 sen jea kata sesetengah mereka itu.
Namun gara2 20 sen juga Abang Sudin terpaksa merasuah SiAyu untuk bertemu dengan Eton.Kalau tidak rahsia terbongkar."Abang Sudin...20 sen kalau takkk kasi tau mak.."
Hahaha hebatnya penangan 20 sen bukan..




Nampaknya langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kencaman hebat dari rakyat Msia yang berang dengan keputusan tersebut laporan (Keadilandaily).

Di laman FB Najib, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal dengan kenaikkan harga bahan bakar ini yang dilihat menjerut leher mereka.Malah ada yang meminta PM meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi sehingga menanggung hutang melebihi RM622 billion.

Ada juga yang mencadangkan agar gaji & elaun PM & Barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan Kak Mah.

Apa yang agak mencuit hati apabila pengendali laman FB PM meminta rakyat Msia memberikan idea untuk pembentangan Bajet 2014 dengan menghantar idea di laman 1Msia.com.

Bagaimanapun, idea tidak dihantar malah kritikan hebat pula yang diterima PM dari rakyat nya sendiri.

Berikut diantara komen2 panas hati rakyat Msia dilaman FB PM......
  
Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je” 

Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang

Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib

Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor

Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal?

Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR

Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!!

Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…

Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. ..

Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa..

Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

Rabani Abd Rahman: korang semua letak jawatan.. idea korang semua dah lapuk x boleh pakai.. menyusahkan rakyat je

Al Fatah: dato, tlg naikan harga minyak 10 ringgit... barulah umno untung banyak

Zaini Saad; kenapa maki hamun pm kite kesian sama dia....doa bg cpt pergi lg bagos huh menyampah aku.

komen seterusnya (disini)

Apa kata anda sebagai rakyat Msia yang sentiasa berbangga dengan
1Msia.....
Rakyat didahulukan ...
Pencapaian diutamakan...
Renung2kan...

Khamis, Ogos 22, 2013

79 : SeLaMat HaRi JaDi

Assalamualaikum....
 20.08.2013 hari jadi ayah yang ke- 65 tahun...
Selamat Hari Jadi..
Buat Ayahanda ku tersayang...
Yang Mulia Haji Raja Mohd Taha Bin Raja Abd Rahman..
Semuga Ayah sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Dipanjang umur,
Dimurahkan rezeki,
 Dan Sentiasa Diberkati Nya..Amin.
Kek Istimewa buat ayah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ayahanda & Bonda Ku

Selasa, Ogos 13, 2013

78:Sepi.......MenYepi...

Assalamualaikum....
Lama menyepi n sepi .
Masa sudah diberi 24 jam sehari tapi masih lagi tidak cukup..
Begitulah manusia.........
Sentiasa lalai sehinggakan masa yg panjang Allah bagi 24 jam sehari masih dikatakan tidak cukup.
Tidak cukup dan cukup hingga mata terpejam rapat...nafas terhenti..
tiada erti lagi dgn masa 24 jam itu...
Salam Aidil Fitri dari Blog Itu Ini Apa Aje...
Saja nak bercerita,cerita lama.Orang lain kalau nak berkongsi cerita pastinya cerita2 yg baru fresh bak kata oreng putis.Tapi aku nak bercerita juga walaupun cerita yang dah basi...
Tapi kalau makanan, orang dah tak nak makan makanan basi..huahuahaaaa
Pada 20.7.2013 aku n hubby dijemput untuk berbuka puasa bersama Hot FM Klate di Rennaisense Hotel Kota Bharu.Cerita bulan poso..ni dah raya kak oooii.
Ramai juga Dj Hot FM yang datang ada Fafau,FBI,AG,Fizi,Farid n Shaz.
Semuanya memang sporting gila...

Fafau sporting gila
Bersama AG 
FBI tinggi sangat aku paksa dia kendor sikit lutut.
Fizi Hot FM Klate
Farid Hot FM Klate
Dj Shaz Hot FM Klate

Anak2 Yatim
 

154 : 2025

  Assalamualaikum Dah nak sebulan kita di tahun baru 2025. Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang...