Jumaat, September 27, 2024

152 : ADAKAH KITA TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA

ASAALAMUALAIKUM..

 Itulah kita.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :


• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

• Allah akan sibukkan kita dengan harta.

• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.


Dari blog Iamfuzy.com

Selasa, Julai 23, 2024

151 : LOT 484

 Assalamualaikum


LOT 484, LORONG TUKANG HUSIN,

JALAN HOSPITAL USM,

16150 KUBANG KERIAN,

KELANTAN...


Lot 484,

Disini lah tempat aku dilahirkan, dibesarkan..

Berkahwin dan beranak-pinak...

Semuanya bermula di rumah usang ini...

Perkataan syukur Alhamdulillah kerana Lot 484 masih ada ,walaupun Lorong Tukang Husin telah berkubur.

Dek kerana pembangunan projek pembesaran jalan..

Maka musnah lah warisan nenek moyang, kampung halaman untuk generasi cicit-cuit-muit kita.

Sesungguhnya :

Kenikmatan Dunia Hanya Sementara.






Jumaat, Julai 19, 2024

150 : Salam Jumaat

 Assalamualaikum


Ya Allah,

Jadikan kami orang yang bersabar saat diuji,

Bersyukur saat diberi, memaafkan saat dizalimi,

Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk 

selalu dekat dengan Mu..

Aamiin

Khamis, Julai 18, 2024

149 : 8 tahun tidak ketemu

Assalamuaalaikum..

Bermula menjadi orang tengah untuk meminang anak dara Jerteh buat anak terunanya. Kini sudah mempunyai seorang cucu.

Semuanya perancangan Allah. Menemani anak untuk menghadiri majlis perkahwinan teman se Universiti di Meru Ipoh. Rupanya Cikgu Ali pun tinggal di Meru juga.






 

148 : Heritage Hotel Cameron Highland

 Assalamualaikum

Indahnya ciptaan tuhan....

 


Jumaat, Oktober 20, 2023

147 : Salam Jumaat

 Assalamualaikum sahabat,

Semuga Allah mempermudahkan segala urusan. 





Doa buat Palestin.




Jumaat, Februari 14, 2020

146: Kematian Yang Dicemburui

Assalamualaikum...

Al-Fatihah Abam Bocey

10 Feb 2020 dikejutkan berita pemergian pelawak Abam Bocey.
Sesungguhnya mati itu pasti .
Tidak akan terlewat walaupun sesaat..
Kalau sudah ajal...
Namum kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kematian kita ini...
Bila kita lihat pengakhiran Abam Bocey sungguh indah sekali...
Setiap kali aku baca kisah Abam dan lihat video2 Abam pasti mengalirkan air mata...
Entah kenapa aku merasa begitu sebak sekali..
Padahal Abam bukan siapa2 pun dengan aku..
Abam tak mengenali aku..
Aku pun tak mengenali Abam hanya kenal tengok wajahnya dlm TV saja...
Tiada sebarang pertalian darah..
Namun bila melihat pengakhiran hayatnya yang begitu indah aku rasa sayu dan sangat cemburu...
Bagaimana pengakhiran hayat ku kelak.
Abam seorang anak yang soleh sentiasa memuliakan ibunya...
Sentiasa mempermudahkan urusan orang..
Sentiasa mendahului adik-beradiknya..
Sentiasa memmuliakan para alim ulamak...
Sentiasa bersedekah tak berkira...
Allah... hebatnya kamu Abam....
Ramainya Abam orang datang mensolatkan jenazah mu...
Mengiringi mu untuk di kebumikan sampai jalan penuh sesak...
Moga dikau ditempatkan di kalangan para solehin.Ameen




Isnin, September 30, 2019

145 : Kemangkatan Sultan Ismail Petra

Sultan Ismail Petra diputerakan pada Jumaat, 11 Nov, 1949. Baginda memerintah Kelantan dari 30 Mac 1980 sehingga Mei 2009.
Baginda kemudiannya digantikan putera sulungnya Muhammad V sebagai Sultan Kelantan, akibat gering.
Baginda mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Di Kota Bharu, Kelantan pada 28 Sept 2019 jam 8.11 pagi.
Kelantan diberi cuti peristiwa selama 2 hari.






Isnin, Jun 17, 2019

144: Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum....
Bapa, Ayah, daddy, papa, apa juga panggilan namanya jasa dan pengorbanan seorang bapa memang tidak ternilai harganya.
Jadi seiring dengan dunia moden hari ini ucapan2 di kirim menerusi sosial media dan pastinya ramai yg akan throwback album2 lama sewaktu pic bersama dengan ayah masing2.
Pada yg masih ada ayah, hargailah mereka dan pada yg tiada kita sedekahkan al-fatihah semoga rohnya tenang di sana...Ameen.

Selamat Hari Ayah buat...........
Ayahanda Ku Yang Mulia Raja Mohd Taha Bin Raja Abd Rahman.
Tiap2 hari, hari ayah.
Ayah ada satu saja.
Tak ada dah dijual dimana2.
Semuga Ayah sentiasa sihat...Ameen.




Jumaat, Mac 30, 2018

143 : FitBit


Assalamualaikum...
Apa khabar sahabat semua.
Semuga sahabat yang dikasihi sentiasa sihat dimurahkan rezeki...
Apa tu Mekhar ..
Saje jea nak bagitu ni hahhh
Dalam rumah pun boleh
Tiada alasan untuk melangkah 1000 langkah sehari
Katernya 1000 langkah bersamaan anda berjalan sejauh 7-8 km
katernya juga 1000 langkah  dapat membakar 400-450 kalori
Ianya bersamaan dengan sepinggan ketiau
Pembakaran kalori juga bergantung kepada kelajuan seseorang itu berjalan .
Jadi apa tunggu lagi senangnya nak sihat dan kurus.
Anda mampu mengubahnya kater Ustaz Kazim Elias.
#banyakkanberjalanjanganbanyakdokselebing
#senangnyanakkurus






Rabu, Mac 14, 2018

142 : Dah DeKat Nak Mengundi Lah Tu



Assalamualaikum....
Lamanya tak updet blog.
Semenjak 2 menjak berpijak tahun 2018
Sibuk semakin menjadi2
Apa-apa pun alhamdulillah allah bagi kesihatan yg baik dan masih meneruskan kehidupan macam biasa.
Ehh gambar apa pulak tu ...
Tiba2 tunjuk jalan ...
Apa hal...
Inilah halnya...
Hebat bukan kuasa Pilihanraya
Dulu depan rumah Mekha mana ada jalan ....
Ada batu2 yg ditabur sendiri..
Bila dah nak Pilihanraya
Macam2 jadi,terjadi dan makin menjadi2...
Tak ada jalan.....di jalankan...
Tak ada tar.....di tar2 kan...
Tapi kenapalah ...tak di terlajakkan tar tu sikit sampai depan pintu pagar rumah Mekha..
Tak kan lah Mekha nak saman kot kalau terlebih tar pun...
Isshh2 berkira betul...
Hijau katanya Membangun Bersama Islam
Biru pulak Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
#taktahulahnakundiketak




154 : 2025

  Assalamualaikum Dah nak sebulan kita di tahun baru 2025. Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang...