Jumaat, Februari 21, 2014

98 : Rm 3,184 SeBiJi

Sanggupkah anda mengeluarkan wang beribu-ribu 
Hanya untuk sebiji kek cawan? 
Kalau mampu apa lah sangat kan

Kek cawan Golden Phoenix 
Merupakan kek cawan termahal di dunia
Dijual dengan harga RM3,184 sebiji. 

Golden Phoenix 

Diperbuat daripada helaian
Emas 23 karat
Dijual di cawangan kek cawan Bloomsbury
Bersempena pembukaannya di Dubai Mall. 

Kek cawan ini

Bukan sahaja diperbuat daripada emas
Malah tepung dan mentega organik
Diimport dari United Kingdom 
Manakala coklat dari Itali 
Dan biji vanila pula dari Uganda. 
 

Kek cawan Golden Phoenix ini
Dihidangkan bersama
Pinggan bersadur emas 24 karat
Sudu emas dan
Menggunakan topping berperisa coklat
Buah strawberi dicelup dalam emas yang boleh dimakan. 

Pelanggan yang ingin merasai

Keenakkan kek cawan Golden Phoenix
Harus membuat pesanan terlebih dahulu 
Kerana ia mengambil masa selama 
Dua hari untuk disiapkan. 

Begini lah rupernya ...Tengok gambor pun jadi lah

Khamis, Februari 20, 2014

97: CanTik Dan WaniTa


Cantik tak Kak Ton
Biasakan kita dengar
Sehingga menjadi ikutan .....Cantik Kak Ton
Semua orang nak cantik
Tak kira siapa pun dia
Perempuan
Lelaki
Wanita
Kanak2
Tua
Muda
Semua nak cantik

Lambakkan kosmetik dgn pelbagai keluaran
Membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan
Kalau aku lebih berminat kepada
Kose @ Estee Lauder @ Clinique

Bukan tidak percaya
Tapi kalau diperhatikan
Kebanyakkannya sama
Krim malam warna putih
Krim siang warna kuning
Bukan warna saja
Baunya pun seakan
Cuma keluarannya yang berbeza

Jadi sebagai pengguna
Jadilah pengguna yang bijak

Agar kulit wajah kita tidak rosak
Berhati2 dgn produk yg dapat mencerahkan kulit dlm masa seminggu
Semestinya ada yang tak kena

Kebanyakkan produk seperti ini mengandungi merkuri
Biasanya krim ini agak melekit2
Tapi jangan lupa ada juga yang dicampurkan dgn bedak sejuk
Agar ia sedikit cair
Biasa lah tektik mengaburi mata pembeli
Krim ini juga tidak Homogen
Apa tu Homogen
Homogen ialah.......wah dah macam nak jawab esai pulak
Bila krim tu kita biarkan seketika
Kita akan lihat lapisan minyaknya terpisah dgn lapisan krim tu
Yang kat bawahnya tuuuu

Krim ini juga berbau logam merkuri
Bau semacam jea memang anda dapat bezakan
Dari segi warna pulak
Biasanya warna putih & kuning yang mengilat
Bila kita sental kat lengan akan rasa panas dan gatal


Mekasih  Mr Google




Bila kita pakai pada minggu pertama
Kulit akan merah bila kena cahaya matahari
Jadi kita buat andaian kulit dalam proses pemutihan
Lepas tu muka kita jadi putih
Tapi kita tak perasan pun putih dah macam mayat bukan putih normal
Wah seronok lah kita ramai yang puji
Ehhh!! Cantik lah kulit awak... pakai produk apa eeeerrr.
Ceciter2

Amboi2 bukan main seronok lagilah kita dok citer
Bukan takat muka jadi putih melepak  jerawat pun dah tak ada
Pori2 pun dah mengecil dan halusss sangat
Yang sebenarnya lapisan kulit epidermis dah  rosak
Kandungan protein & melanin
Berfungsi utk melindungi UV matahari sudah tiada
Kena makan kat Merkuri...Huaaaa
Jadi kuman mahupun bakteria dah tak sanggup lagi nak menumpang kat muka kita
Sbb tu le tak ada jerawat
Sbb Merkuri dok melepak kat situ
Nyamuk pun tak sanggup singgah uollss.....Hebat tak hebatnya merkuri ni

Apa jadi kalau kita stop kejap pakai krim ni
Mula2 anak2 jerawat  timbul
Muka rasa gatal
Kulit putih gebuss akan bertukar menjadi kelabu
Dan akhirnya kehitaman ..jeragat lah tu ..Tolongggggg

Jadi pastikan anda bijak dalam memilih produk yang betul
Orang yang menjual produk mereka
Belum tentu lagi dia adalah penggunanya

Kalau tak ada duit nak pakai produk mahal2
Pakai jea bedak sejuk @
Madu + limau nipis
Lebih jimat dan selamat...

Apa2 Pun
Tepuk Dada
Tanya hati....

Assalamualaikum






 





Rabu, Februari 19, 2014

96 : TenangKan Diri


Jangan kecoh sangat
Banyakkan bersabar
Usah dilayan
Makin dilayan makin menjadi2
Tengok tu syaitan bertepuk tangan
Gembira nampak!!

Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini
Terimalah hidup seadanya
Jadilah diri sendiri.
Kita ubah yang mampu diubah
Yang tidak mampu serahkan kepada Allah

Hidup ini umpama kitaran cuaca dan musim
Ada yang kering kontang umpama Sahara
Ada yang dingin umpama Antartika 
Cari lah R&R untuk rehat seketika.........
Sebelum berehat buat selama-lamanya

Dalam setiap apa yg tidak berjaya dimiliki
Pasti ada kesal
Jadi jangan terlalu dalam segalanya
Bersederhana itu lebih menyelamatkan hati

Terima hakikat
Hidup lebih tenang
Usah dipinta
Hidup yang mudah
Tapi pintalah
Hati yang tabah untuk menghadapinya...

Salam buat sahabat semua
Assalamualaikum..





Selasa, Februari 18, 2014

95 : SuRaT CinTa

Hampir seminggu berlalu
Ada yang masih tersenyum
Ada yang tak berapa nak senyum
Dan ada yang tak  senyum2......

Hebat bukan penangan surat cinta
Kalau kat office aku ni Surat Cinta tu adalah jeng,jeng,jengggggg
Surat kenaikkan Gaji le
Aku kerja sektor swasta tak sehebat kerajaan
Sekali naik 2,3 ratussss
Aku ni kalau naik 1 ratusss plassss2 kira ok le tu
Kalau tak loh2 aje..
Company bukan main besau lagi
Tapi kaf wau da wau ta

Kalau komlen sikit...
Tak mau kerja berenti ramai lagi yang nak kerja....huaaaaaaa
Padan muka aku..
Kalau gaji 4 ribu naik 6.5% dapat lah 2 ratuss plass2
Tapi kalau gaji tak sampai 2 ribu naik 6.5% berape la sangat

Ini tidak adil,tidak adil bagi ku..kata Yuna

Pada aku lah..
Kalau gaji kecik biarlah kenaikkan tu 10-15%
Tak terasa sangat perbezaannya...apa kata anda
Tengok ramai yang dah setuju dgn aku
Tunggu lah aku ambil alih company ni
Kenaikkan gaji pasti tidak mengeciwakan...

Bukan dalam perniagaan sahaja
Teori yang kaya terus menjadi kaya.
Yang miskin terus dihimpit kemiskinan
Bila jurang pendapatan antara si kaya dan si miskin makin luas
Maka timbullah
Hasad dengki pada diri si miskin
Dan takbur dalam hati si kaya.
Lalu hasad dan takbur pun ‘bertempur’ kebabommmmm

Akibatnya...runtuhlah persaudaraan
Suburlah persengketaan.
Jika dalam organisasi pulak
Hilanglah ukhuwah.
Jika dalam masyarakat
Meningkatlah jenayah

Percaya atau tidak
Acap kali apabila harta bertambah
Kita seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’
Contohnya bila dapat  bonus atau naik gaji
Keinginan kita semakin banyak
Nak beli kereta baru lah
Nak tukar perabot baru lah
Nak beli henpon baru lah dan macam2 lagi lah
Nak dibeli
Kalau boleh dgn kedai2 sekali kita nak borong

Keinginan  menjadi semakin besar dan  bertambah.
Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut
Akibat keinginan kita yang meningkat.
Sungguhnya, orang yang miskin
Bukan kerana kekurangan harta
Tetapi mereka yang banyak keinginan
Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Renung2kan
Dan sentiasa ucapkan syukur alhamdullillah
Salam buat semua sahabat
Assalamualaikum...





 


Isnin, Februari 17, 2014

94 : Valentine DaY

Macam biasa kalau 14 Feb jea...Hangat tiba2
Katanya 14 Feb hari memperingati kekasih...
Suatu ketika dulu kat tempat office aku 14 Feb ramailah yang dapat bunga
Maklumlah office aku glemer
Gara2 bos aku yang dulu suker ambil pekerja yang comel2
Comel adalah kriteria utama nak masuk kerja kat sini
Maka ramailah mek2 comel lote kat office aku ni

Jadi bila 14 Feb banyaklah pulak bunga2 bertandang kat office aku
Ada yang dapat sekuntum
Ada yang dapat sejambak
Ada yang dapat sebakul
Ada yang dapat 100 kuntum

Bagi aku yang tak glemer ni tengok aje lah bunga2 demo
Begitu bahagianya orang yang ada kekasih
Tapi ada sorang mek ni tiap2 hari dapat bunga
Aku pun naik heran jugak
Dia meme comel putih gebuss
Dan dengan bersangka baik aku katakan dia meme ramai peminat

Suatu hari tu entah macamana
aku gatal mulut pergi tanya sipenghantar tu
Dik siapa nama org yang hantar bunga ni
Tup-tup.....OMG dia hantar untuk diri sendiri rupernya
Kesian dia..
 
Ini semua kisah dulu2
Sebelum VSS di office
Sekarang sunyi tiada lagi jambangan bunga yang bertandang
kalau ada pun untuk yang masih single atau yang dah jadi single
Namun fatwa tetap fatwa
Haram tetap haram
Islam itu mudah
Tapi jangan ambik mudah

Salam buat semua sahabat...
Assalamualaikum 


Rabu, Februari 12, 2014

93: Allah Sedang menguji Kita

Assalamualaikum...........


"YA ALLAH..
Janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami.

YA ALLAH..
Janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.

Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami..."
 
-Al-Baqarah : 286
 
"Ya ALLAH..
Jangan jadikan pandangan mata ini seperti mata lalat
yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk
yakni yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain.
Jadikanlah pandangan mata ini seperti mata lebah
yang hanya memandang kewangian dan keindahan
yakni yang memandang kebaikan orang lain 
sehingga melupakan keburukan orang lain....





"Ya ALLAH..
Bersihkanlah hatiku daripada berprasangka,
bersihkan amalanku daripada riak
bersihkanlah lidahku daripada dusta
bersihkanlah mataku daripada kecurangan
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui
setiap jelingan mata yang curang 
dan segala sesuatu yang tersembunyi di qalbu..."

"Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya... terlupa siapakah kita di sisi-Nya, Terlupa dari mana datangnya dan ke mana hala hidup kita. Terlupa yang kita sebenarnya tidak punya apa-apa.."

153 : Jalan-jalan Kuantan

 Assalamualaikum Salam Jumaat......... Hari Sabtu 28 September yang lalu, kami sekeluarga ke Kuantan. Jalan2 sambil makan angin katerrnya. B...