Cantik tak Kak Ton
Biasakan kita dengar
Sehingga menjadi ikutan .....Cantik Kak Ton
Semua orang nak cantik
Tak kira siapa pun dia
Perempuan
Lelaki
Wanita
Kanak2
Tua
Muda
Semua nak cantik
Lambakkan kosmetik dgn pelbagai keluaran
Membuatkan kita sukar untuk membuat pilihan
Kalau aku lebih berminat kepada
Kose @ Estee Lauder @ Clinique
Bukan tidak percaya
Tapi kalau diperhatikan
Kebanyakkannya sama
Krim malam warna putih
Krim siang warna kuning
Bukan warna saja
Baunya pun seakan
Cuma keluarannya yang berbeza
Jadi sebagai pengguna
Jadilah pengguna yang bijak
Agar kulit wajah kita tidak rosak
Berhati2 dgn produk yg dapat mencerahkan kulit dlm masa seminggu
Semestinya ada yang tak kena
Kebanyakkan produk seperti ini mengandungi merkuri
Biasanya krim ini agak melekit2
Tapi jangan lupa ada juga yang dicampurkan dgn bedak sejuk
Agar ia sedikit cair
Biasa lah tektik mengaburi mata pembeli
Krim ini juga tidak Homogen
Apa tu Homogen
Homogen ialah.......wah dah macam nak jawab esai pulak
Bila krim tu kita biarkan seketika
Kita akan lihat lapisan minyaknya terpisah dgn lapisan krim tu
Yang kat bawahnya tuuuu
Krim ini juga berbau logam merkuri
Bau semacam jea memang anda dapat bezakan
Dari segi warna pulak
Biasanya warna putih & kuning yang mengilat
Bila kita sental kat lengan akan rasa panas dan gatal
Mekasih Mr Google |
Bila kita pakai pada minggu pertama
Kulit akan merah bila kena cahaya matahari
Jadi kita buat andaian kulit dalam proses pemutihan
Lepas tu muka kita jadi putih
Tapi kita tak perasan pun putih dah macam mayat bukan putih normal
Wah seronok lah kita ramai yang puji
Ehhh!! Cantik lah kulit awak... pakai produk apa eeeerrr.
Ceciter2
Amboi2 bukan main seronok lagilah kita dok citer
Bukan takat muka jadi putih melepak jerawat pun dah tak ada
Pori2 pun dah mengecil dan halusss sangat
Yang sebenarnya lapisan kulit epidermis dah rosak
Kandungan protein & melanin
Berfungsi utk melindungi UV matahari sudah tiada
Kena makan kat Merkuri...Huaaaa
Jadi kuman mahupun bakteria dah tak sanggup lagi nak menumpang kat muka kita
Sbb tu le tak ada jerawat
Sbb Merkuri dok melepak kat situ
Nyamuk pun tak sanggup singgah uollss.....Hebat tak hebatnya merkuri ni
Apa jadi kalau kita stop kejap pakai krim ni
Mula2 anak2 jerawat timbul
Muka rasa gatal
Kulit putih gebuss akan bertukar menjadi kelabu
Dan akhirnya kehitaman ..jeragat lah tu ..Tolongggggg
Jadi pastikan anda bijak dalam memilih produk yang betul
Orang yang menjual produk mereka
Belum tentu lagi dia adalah penggunanya
Kalau tak ada duit nak pakai produk mahal2
Pakai jea bedak sejuk @
Madu + limau nipis
Lebih jimat dan selamat...
Apa2 Pun
Tepuk Dada
Tanya hati....
Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan