95 : SuRaT CinTa

Hampir seminggu berlalu
Ada yang masih tersenyum
Ada yang tak berapa nak senyum
Dan ada yang tak  senyum2......

Hebat bukan penangan surat cinta
Kalau kat office aku ni Surat Cinta tu adalah jeng,jeng,jengggggg
Surat kenaikkan Gaji le
Aku kerja sektor swasta tak sehebat kerajaan
Sekali naik 2,3 ratussss
Aku ni kalau naik 1 ratusss plassss2 kira ok le tu
Kalau tak loh2 aje..
Company bukan main besau lagi
Tapi kaf wau da wau ta

Kalau komlen sikit...
Tak mau kerja berenti ramai lagi yang nak kerja....huaaaaaaa
Padan muka aku..
Kalau gaji 4 ribu naik 6.5% dapat lah 2 ratuss plass2
Tapi kalau gaji tak sampai 2 ribu naik 6.5% berape la sangat

Ini tidak adil,tidak adil bagi ku..kata Yuna

Pada aku lah..
Kalau gaji kecik biarlah kenaikkan tu 10-15%
Tak terasa sangat perbezaannya...apa kata anda
Tengok ramai yang dah setuju dgn aku
Tunggu lah aku ambil alih company ni
Kenaikkan gaji pasti tidak mengeciwakan...

Bukan dalam perniagaan sahaja
Teori yang kaya terus menjadi kaya.
Yang miskin terus dihimpit kemiskinan
Bila jurang pendapatan antara si kaya dan si miskin makin luas
Maka timbullah
Hasad dengki pada diri si miskin
Dan takbur dalam hati si kaya.
Lalu hasad dan takbur pun ‘bertempur’ kebabommmmm

Akibatnya...runtuhlah persaudaraan
Suburlah persengketaan.
Jika dalam organisasi pulak
Hilanglah ukhuwah.
Jika dalam masyarakat
Meningkatlah jenayah

Percaya atau tidak
Acap kali apabila harta bertambah
Kita seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’
Contohnya bila dapat  bonus atau naik gaji
Keinginan kita semakin banyak
Nak beli kereta baru lah
Nak tukar perabot baru lah
Nak beli henpon baru lah dan macam2 lagi lah
Nak dibeli
Kalau boleh dgn kedai2 sekali kita nak borong

Keinginan  menjadi semakin besar dan  bertambah.
Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut
Akibat keinginan kita yang meningkat.
Sungguhnya, orang yang miskin
Bukan kerana kekurangan harta
Tetapi mereka yang banyak keinginan
Itulah akibatnya apabila bukan iman yang mengendalikan hidup kita.

Renung2kan
Dan sentiasa ucapkan syukur alhamdullillah
Salam buat semua sahabat
Assalamualaikum...





 


Ulasan

Catatan Popular